Monday 11 June 2012

~Pemuda yang Cintakan Syurga~


Tha'labah : Kisah Pemuda yang Cintakan Syurga~

Pernahkah saudara mendengar tentang kisah Ta'labah? Salah seorang daripada para sahabat Nabi S.A.W. Seorang pemuda yang punya misi dan visi yang sangat agung.

Seorang remaja yang begitu hebat di zaman Rasulullah S.A.W. Namanya Tha'labah bin Abdul Rahman, seorang remaja berusia 17 tahun. Setelah memeluk Islam, beliau selalu mengikut Rasulullah S.A.W mengajar. Jika Rasulullah berhajatkan sesuatu, Rasulullah S.A.W akan khabarkan kepada Ta'labah.

Suatu hari Rasulullah menyuruh Tha'labah mencari sesuatu. Ketika dalam perjalanan mencari barang yang Rasulullah hajati itu, Tha'labah telah melalui sebuah rumah yang pintunya terbuka. Angin yang bertiup membuatkan pintu tandas rumah tersebut juga terbuka, dan ketika itu Tha'labah terlihat akan seorang perempuan yang sedang mandi.

"A'uzubillah! Ya Allah aku takut nanti malaikat Jibril memberitahu kepada Rasulullah S.A.W! Ya Allah, aku takut turunnya ayat quran yang menyenaraikan aku dalam golongan orang yang berbuat dosa! Ya Allah..."            

Rintihan Tha'labah~

Dia merintih sehingga dia lupa akan barang yang dipesan oleh Rasulullah S.A.W. Dia melarikan diri dan terjumpa satu bukit di pinggir Madinah yang dipuncaknya ada sebuah gua. Tha'labah masuk ke dalam gua tersebut dan asyik menangis. Tha'labah menangis dan menangis, beliau kesal amat dengan dosanya.

Pada masa yang sama, Rasulullah S.A.W menanti kepulangan Tha'labah beberapa hari namun Tha'labah tidak kunjung tiba. Lalu Rasulullah S.A.W mengarahkan Saidina Umar RA untuk mencari Tha'labah dan beliau terjumpa Tha'labah di tempat dia bersembunyi di puncak bukit.

Umar berkata "Tha'labah, Rasulullah mahu berjumpa kamu."

"Kenapa? Sudah turunkah ayat al-Quran tentang dosaku, sudah beritahukah Jibril kepada Rasulullah, aku tidak mahu masuk neraka, aku tidak mahu masuk neraka." Kata Tha'labah dalam ketakutan yang amat sangat.

Oleh sebab Tha'labah sudah tersangat lemah, Saidina Umar RA memimpinnya pulang ke rumah. Apabila Rasulullah SAW menziarah Tha'labah, Tha'labah sedang terlentang lalu Rasulullah SAW meriba kepala Tha'labah.

Tetapi Ta'labah mengetepikan kepalanya. Rasulullah bertanya, "kenapa wahai Tha'labah?"

"Wahai Rasulullah, kepala yang penuh dosa ini tidak layak untuk berada di ribamu," kata Tha'labah.

"Apa yang kamu mahu Tha'labah?"

"Ya Rasulullah, aku mahukan keampunan Allah"


Cita-citanya hanya Syurga~

"Apa cita-cita kamu wahai Ta'labah?"

"Cita-cita aku hanya syurga Allah. Tolonglah doakan moga Allah mengampunkan dosa-dosaku."

Lalu Rasulullah s.a.w berkata, "wahai Tha'labah aku menjamin kepadamu apa yang kamu mahu dan cita-citamu. Inilah bukti taubatmu."

Tidak lama selepas itu, Tha'labah menghembuskan nafasnya yang terakhir di riba Rasulullah SAW.

Ketika mayat Tha'labah siap dikafan dan tiba masa untuk dikebumikan, Rasulullah SAW datang agak lewat ketika itu. Para sahabat membuka jalan kepada Rasulullah untuk rapat ke kubur Tha'labah. Tetapi Rasulullah berjalan merapati kubur Tha'labah dalam keadaan berjalan yang perlahan, dan seperti tersekat-sekat.

Sahabat-sahabat bertanya, "wahai Rasulullah, kami telah membuka jalan, mengapa Rasulullah berjalan dengan tidak selesa?"

Rasulullah menjawab, "kamu tidak dapat melihat betapa ramainya malaikat yang hadir menghantar Tha'labah ke kubur."

Itulah kisah hidup seorang remaja hebat bernama Tha'labah. Betapa takutnya beliau dengan azab Allah SWT walaupun beliau tidak sengaja terpandang perempuan yang sedang mandi itu. Begitu malu bertemu Rasulullah, begitu mengharap keampunan Allah SWT, dan akhirnya menhembus nafas yang terakhir di ribaan insan mulia bernama Muhammad bin Abdullah, dan jasadnya diiringi malaikat ke kuburan. Subhanallah!

Lihat diri kita. Apakah kita menyesal dan bertaubat setelah berbuat dosa yang sengaja? Apakah kita sedar, dan menyesal serta bertaubat setelah berbuat dosa yang tidak sengaja?

Tepuk dada, tanya iman. Moga Allah SWT mengampunkan dosa-dosa kita






Friday 25 May 2012

~Tinta buat sahabat yg bakal menjejakkan kaki ke bumi tarbiyah umnp~






إن الحمد لله نحمده ونستعينه ونستغفره ونتوب إليه ، ونعوذ بالله من شرور أنفسنا ومن 
سيئات أعمالنا ، من يهده الله فلا مضل له ، ومن يضلل فلا هادي له ، أللهم إني أسألك بأن لك ألحمد ، لا إله أنـت وحدك لا شريك لك المنان ، بديع السموات والأرض ، ذوالجلال والأكرام.اللهم اني اسألك موجبات رحمتك، وزائم مغرفت، والسلامة من كل إثم ، والغنيمة من كل بر ، والفوز بالجنة ، وانجاة من النار.اما بعد



ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH HI WABARAKATUH



Sabda kekasih kita Rasulullah SAW:

"Sesiapa yang Akhirat itu tujuan utamanya, maka Allah jadikan kekayaannya dalam jiwanya. Allah mudahkan segala urusannya dan dunia akan datang kepadanya dengan hina (iaitu dalam keadaan dirinya mulia).

Sesiapa yang menjadikan Dunia itu tujuan utamanya, maka Allah akan letakkan kekafirannya antara kedua-dua matanya. Allah cerai-beraikan urusannya, dan dunia pula tidak datang kepadanya melainkan dengan apa yang ditakdirkan untuknya (iaitu dalam keadaan hina)."

[Riwayat al-Tirmizi,
dinilai hasan oleh al-Albani]


Alhamdulilah pertama dan selamanya syukur kehadrat Ilahi atas kudrat dan iradah-Nya dapat kita bersua dan insyallah menjalinkan ikatan ukhuwah islamiyah atas dasar islam dan iman  dibumi tarbiyah yang sangat dicintai ini,bumi yang mana lahirnya para ulama' penyambung rantai-rantai perjuangan dalam menegakkan islam di atas muka bumi ini. Ahlan wasahlan wa marhaban bikum dan sekalung tahniah buat sahabat sekalian atas kejayaan dalam menempatkan diri di Akademi Pengajian Islam Universiti malaya (APIUM), Nilam Puri, Kelantan. Semoga dengan  keberadaan sahabat sekalian sekalian dapat menjadi titik penghijrahan kearah melahirkan genarasi ghuraba' yang bakal menengakkan islam di zaman  kepincangan kini.

sahabat-sahabat yang dirahmati Allah sekalian,

Apabila sahabat semua telah bergelar seorang mahasiswa/mahasiswi maka perjalanan yang  akan sahabat tempuhi berbeda daripada jalan-jalan yang sahabat-sahabat tempuhi selama ini.Sahabat sudah berada di suatu tahap yang mana sahabat semua perlu menyediakan diri dengan thaqafah (ilmu) agar sahabat sekalian tidak tertinggal dengan arus tranformasi dunia pada masa kini.tidak cukup dengan ilmu akademik semata-mata perjuangan sahabat-sahabat sebagai mahasiswa islam perlulah mantap dari segi sahsiah seiring dengan  kematangan pemikiran kerana dengan kegersangan ummah  di sahara dunia kini menuntut satu genarasi baru untuk menjadi oasis solusi bagi ummah ini.


sahabat-sahabat yang dikasihi kerana Allah sekalian,

Alhamdulilah, syukur atas nikmat-Nya yang melimpah ruah di APIUM,Nilam Puri ini kita dikurniakan sebuah keluarga yang amat kaya dengan ilmu-ilmu yang amat berguna. Murabbi-murabbi iaitu pensyarah-pensyarah yang umpama ibu dan bapa kepada kita disini mempunyai banyak pengetahuan,kemahiran dan kepakaran dalam bidang masing-masing yang pelbagai. Oleh itu tuntutlah dan cedoklah sebanyak mana ilmu serta kuasailah seribu satu kemahiran dan teknik-teknik untuk kebaikan serta kegunaan diri sendiri khususnya dan masyarakat yang lain amnya.


Konteks di Nilam Puri amat menitikberatkan persekitaran atau suasana yang baik dalam proses pentarbiyahan sama ada dari segi adab,pergaulan antara muslimin dan muslimat dan sebagainya.ini kerana ia memberi natijah yang amat mendalam dalam usaha pembetukan diri mengikut acuan soleh yang berlandaskan syariat.insyallah dengan wujud dan berkekalannya suasana yang baik di bumi tarbiah ini sedikit sebanyak dapat membantu ke arah pembentukan para pengerak islam pada genarasi masa hadapan.


Sahabat-sahabat yang disayangi,


Akhir kalam dari ana selaku wakil saf pimpinan Majlis Perwakilan pelajar,Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya,Nilam Puri mengucapkan sekali lagi ahlan wsahlan wa marhaban bikum dan salam ukhuwah buat sahabat-sahabat penyambung genarasi ghuraba’ ke bumi bersejarah Che Siti Wan Kembang ini. Semoga langkah pertama sahabat-sahabat dan seterusnya sentiasa mendapat redha dan rahmat dari-Nya insyallah.sebelum pena menemui titiknya ,pesanan dari ana kutiplah sebanyak-banyaknya mutiara –mutiara yang ada di bumi barakah ini.insyallah semoga sahabat-sahabat menjadi antara penegak agama Allah yang syumul lagi suci dalam menongkah arus yang penuh gelombang pada hari ini. Barakaallahufikum 
















































Friday 9 March 2012

~Pandanglah sesuatu dgn mata hati~

Asalamualaikum w.b.t dan salam ukhuwah buat sahabat seperjuangan sekalian,,,

kisah NARUTO.....
ada ape ngan naruto pelik jer???

sebenarnya nak sahabat2 mngmbil ibrah dari cerita naruto,,,,

aii,,,cerita naruto pown nk tengok ke mcm bdk2 la enta niw???

hmm,,ye ke bdk2 org tua pown tgk naruto ape???

x salah nak tgk cerita ape pown tapi kne la tgk dgn MATA HATI bkn dgn MATA BIASA yg 2 bijik nie,,,,,,

IBRAH DARI CERITA NARUTO,,,,

jom kite hayati ape yg dibincangkan oleh 2 org sahabat niw,,,

A : Enta selalu adakan usrah menggunakan cara yang bagaimana?
B : Biasanya ana tanyangkan vedio seperti vedio Rasulullah saw. Tak mau bagi diorang boring..
A : Ana biasa tayangkan cerita.. Seperti contoh cerita “Naruto”. Begini..Enta tengok UKHWAH antara Naruto dengan Sasuke..
B : Ermmmm... 
A : Ok..pastu enta tengok satu team akan ada tiga orang ninja.. dan ada seorang NAQIB..Iaitu guru diorang..
B : Alahai..Camna ana nak terangkan pada mad'u ana nanti..
A : Ok..camni.. contohnya lee.. Even dia tahu yang dia TAK DE BAKAT dalam dunia ninja, tapi dia HEBAT.. Sebab dia USAHA..Dia tak de KUASA macam Naruto.. Dia tak de mata SHARINGAN macam Sasuke..Dia tak KUAT macam Gara..Tapi dia ada FIZIKAL.. Dengan badan tu lah dia BERLATIH..Dan menjadi antara ninja TERHEBAT.
B : Wahhhhh...satu idea yang baru untuk ana perjelaskan dan kongsikan pada sahabat-sahabat nanti...Gud2..!
A : That's why kita kena TENGOK dengan MATA HATI..NOT MATA BIASA yang 2 bijik nie.... 
B : Glluuupppp..!!


banyak yg kita dpat kalo lihat sesuatu dgn mata hati,,,x begitu????


MORAL OF THE STORY,,
~ukhuwah~

"Sesungguhnya mukmin itu bersaudara" (Surah al-Hujuraat:ayat 10)

UKHWAH antara Naruto dengan Sesuke sangat-sangat rapat.. ke'Ukhwah'an antara mereka sangat penting dalam memenangi misi perlawanan.. Jika mereka tidak rapat, tidak bersatu, tiada rasa ukhwah dalam hati mereka maka mereka akan sengsara dengan kekalahan..

Begitulah jua dalam dakwah..kita apply cara Naruto & Sesuke ber'ukhwah' dalam medan dakwah kita..Ukhwah sesama ikhwan & ukhwah sesama akhowat bagaimana?!
RAPAT DAN SALING TEGUH BUKAN?!
SALING RINDU MERINDUI ANTARA SATU SAMA LAIN BUKAN?! (sesama muslimat & sesama muslimin sahaja yer)..
Ya..tanpa ukhwah sahabat-sahabat siapalah kita.. Terjalinnya ikatan ukhwah maka eratkanlah akan ikatan-ikatannya..Ukhwah fillah abadan abada..=)

~usaha,,,,tidak pernah mengenal erti putus asa~

Sabda Rasulullah sollahu 'alaihi wasallam:
إن الله يحب إذا عمل أحدكم عملا أن يتقنه
Sesungguhnya Allah mencintai jika diantara kamu yang apabila ia melakukan suatu pekerjaan,ia membuatnya dengan terbaik.
(Riwayat Imam Al-Baihaqi dan lain2 lagi.)



bak kata naruto selepas diterjemahkan kedalam bahasa melayu,,,,”Sampai matipun aku akan mengejar cita-citaku” (Naruto Uzumaki),,,,hehehe,,,


Dalam dakwah bakat itu tidak berapa penting namun yang paling penting adalah usaha.. JIKA ADA BAKAT TAPI KURANG USAHA, BERJALANKAH DAKWAH ITU?! Lama-kelamaan bakat pun berkurang dan hilang jika tak diasah..Akan tetapi, jika ada usaha tapi kurang berbakat, hasilnya amat effective sekali.. Dakwah akan berjalan dan bakat akan terus bertambah serta berkembang disebabkan usaha yang tidak kenal penat lelah..

Dakwah pon MANTOOPP.....

BANYAKNYE DAPAT KALO PNDANG DGN MATA HATI,,,,

~Aktifkan Jiwa Dan Pandanglah Setiap Sesuatu  Dgn Mata Hati~(dipetik dari buku fanzuru karya hilal asyraf)

p/s...harap2 lps ni buat ape atau lihat ape pown kiter dapat lihat dgn mata hati deyh,,,,,

wallahu'alam,,,,,


Wednesday 8 February 2012

ukhuwah itu ketawa dan air mata...


                      alhamdulilah pertama dan insyallah selamanya syukur atas nikmat ilahi yg melimpah ruah kpd hamba-hambanya,,,,,terutama diri ini,,walaupun diberi sedikit ujian selsema ttapi alhamdulilah tidak teruk ,,,,,,alhamdulilah,,,,,,,,syukur ya rabb,,,

Orang-orang mukmin sesungguhnya bersaudara; maka rukunkanlah kedua saudaramu yang berselisih dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat (Q.s. Al-Hujurat [49]: 10).,,,,,,,,,

"ikatan iman yg paling kuat ialah kasih syg kerana Allah dan marah kerana Allah"(hadis riwayat ahmad drpd al-bara'ibnu azib)

“Tidak sempurna iman seseorang itu selagi ia tidak mengasihi saudaranya sebagaimana ia mengasihi saudaranya sebagaimana ia mengasihi dirinya sendiri.”-Riwayat Bukhari dan Muslim


ALLAHUAKHBAR,,,,SGT BESAR NILAI UKHUWAH


rehlah bersama sohabati,,,,,

alhamdulilah selesai berehlah bersama-sama sahabat...di lata belatan dan bacok,,,,sgt bersyukur dikurniakan nikmat oleh ilahi walaupun sekejap dpt bersama-sama bergelak ketawa dgn sahabt2 sambil melihat ciptaan ilahi yg sungguh menakjubkan,,,,

gelak tawa sahabt kenangan yg menyentuh hati,,,,,

                                 ala comelnyer mas'ul,,,,,,mas'ul yg berkrja keras tok majmuah..........terbaik....

abe hase kiter,,,,,,the klantanian,,,,bitawfiq wannjah tok pidato bhse arb,,,,bangekan um,nilampuri,,

irfan ronnie,,,,bkn wyne ronnie,,,hehehehe

ak,mas'ul dan syazwan,,,,,bncg aper 2?????

berlatih untuk sukan olimpik dlm acare renang,kuak kupu2,,,,,dan macam2 lagi stail,,,,
sek2 kito,,.U.K.H.U.W.A.H.,,,,K.A.M.I.........

(kpd mereka yg xder dalam gmbr harap maaf,,,kpd ijad jgn risau kiter ad rehlah kedua,,,,insyallah,,,hehehe)

hidup bkn hanyer untuk ketawa tetapi mngambil ibrah daripada aper yg dilihat...tidak kurg juger perlu ad pengisian,,,, 

 alhamdulilah kami juger bkn stakat bergelak ketawa tetapi disulami dgn aktiviti tarbiyah,,,,alhamdulilah sempat juge kami berdhua di tgh2 hutan hujan tropika mngambil ibrah bhawa mnusia ini sgt kerdil disisinya,,,,,alhamdulilah dpt juger kami berusrah selepas bergelak ketawa disusuli dgn doa wehdah tanda kesatuan hati terasa disaat itu bahawa hidup ini tidak boleh tidak tanpa sahabat2 dan ukhuwah,,,,yg mne teringat saya akan satu hadis,,,
"sesungguhnya serigale itu akn hanya akan dapat memakan kambing yg tersisih daripada kumpulanya"
 keindahan ciptaan ilahi,,,ALLAHUAKHBAR,,,patotkah manusia tidak bersyukur terhadapnya???????

kenapa ukhuwah itu ketawa dan air mata???

 ukhuwah bkn sekadar kiter bergelak ketawa bersama sahabat tetapi dimane kita sewaktu mereka dlm kesusahan,,,,,

"siapa yg melapangkan seorg muslim drpd satu kesusahan dunia Allah akan melapangkannya dripada satu kesusahan pada hari kiamat.siapa yg memberi kemudahan kpd org yg berkepayahan Allah akan memberikannya kemudahan di dunia dan akhirat.siapa yg menjaga rahsia seorg muslim di dunia,Allah akan menjaga rahsianya di dunia dan akhirat.Allah akn menolong hambanya selagi hambanya itu menolong saudaranya"(riwayat muslim,abu daud,nasa'i,tirmizi dan ibnu najah)


serendah-rendah ukhuwah adalah berlapang dada dan yang tertinggi adalah ithar (iaitu mendahulukan kepentingan/keperluan demi saudaranya).imam hasan al banna,,,

 ujian itu mengajar erti kehidupan,,,,,,


Qs. Al-Ankabut : 2-3

"Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: 'Kami telah beriman', sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta."

berperinsip jgn jumud,terbuka jgn hanyut,,,,,

satu pengajaran yg amat bergune selagi mne kite hidup mengikut caranya,,,bergembiralah,,tetapi jgn lupe hikmah berkehidupan,,,,,

semoga ukhuwah  ini kekal selama-lamanya,,,,,,



MAJMUAH 3 2011/2012,,,,,TERBAIK,,,,,

perpisahan lumrah kehidupan,,,,, 

ad yg mngatakan bahawa majmuah ini akan dipisahkan..btul ke????msh mnjadi tanda tanya,,,tp alhamdulilah dpt peluang bersama majmuah ini walaupun seketika,,,harap2,,,sepanjang pertemuan ini ad keredhaan ILAHI sebagai ganjaran,,,,,,

pesanan buat diriku dan sahabat,,,,



Saudaraku,

“ Sesungguhnya seorang muslim itu,

Apabila dia berjalan di jalan dakwah,

Dia tidak berjalan dengan hatinya sahaja,

Malah dibawa bersama hati saudaranya,

Justeru,

Setiap pahala yang didapati sepanjang perjalanannya,

Pasti akan terbias,

Untuk saudara seperjuangannya.”

-Mustafa Masyhur-


Kerana nikmat yang paling kita harapkan,

Untuk diri kita ialah nikmat hidup dan mati,

Dalam iman kepadaNYA..

Maka itu jualah yang kita harapkan,

Untuk sahabat-sahabat kita.


Saudaraku,

Orang-orang yang hidup di bawah,

Naungan cinta dan ukhuwah kerana Allah,

Akan merasa kebahagiaan,

Dan ketenangan yang tak pernah dirasa,

Oleh orang-orang yang berkumpul kerana urusan duniawi..

Kerana asasnya indah,

Justeru hadiahnya juga indah!

Malah Allah telah menjanjikan,

Syurga dan naunganNya,

Untuk mereka yang bertemu dan berpisah keranaNya!!

Hanya keranaNya!!


Justeru saudaraku,

Jika kita tidak bertemu lagi selepas ini,

Semoga Allah pertemukan lagi,

Kita di Syurga nanti!!!

Amiin!!

sampai disini saja coretanku buat kali ini,,,,yg baik itu dtg dari tuhan yg maha esa,,dan yg lemah itu dtg dari hamba yg lemah ini,,,,moge2 ape yg dicoret ini mndapat keredhaan ilahi...
wallahu'alam,,,,,,

Thursday 26 January 2012

hmm..lemahnya aku ya rabb...

                     asalamualaikum..w.b.t.......alhamdulilah msih diberi kesempatan untuk mencoret sesuatu walaupun diri ini terasa agak lemah..................ya allah bantulah hambamu ini...............

alhamdulilah yang dpt ku ungkapkan..................


terasa diri ini hampir rebah apabila terasa memengang satu tugas yg sgt berat..................ya hambamu dimuka bumi ini ya allah..............

apabila perjuangan mnjadi matlamat.......

masih segar laungan kata2 seorg akh...................

أنا رمي،(aku adalah anak panah)
من رماية الإسلام،(daripada anak panah2 islam)
فارمي!(panahlah aku!)
أين ما شئت.(ke mana saja engkau mahu)


سبيلنا...سبيلنا...جهاد (jalan kami adalah jihad)
أملنا..أملنا..شهيد!(cita kami adalah syahid)
بالروح بالدم...نفديك يا إسلام!!(dengan nyawa,dengan darah,akan aku pertahankan islam)

PERSOALAN YG MASIH BLOM JELAS BUAT DIRIKU...MAMPUKAH AKU........

mujur ak punya sahabat seperjuangan alhamdulilah yg bersama sama ingin mnjadi hambamu yg mencari redhamu ya allah.........

banyak cacat cela

msih trngt apabila seorg murobbi memberi peringatan buatku...............

'enta syeikh kne jge perasaan2 guru kamu,,,,,kamu bayangkan apabila kamu jd pngajar esok anak2 murid kamu buat kamu mcm 2,,,,,,'

alhamdulilah syukrn atas teguran yg membangkitkan ak dr lena yg panjang.................

kebergantungan kpd sang pencipta,,,,,

mgkn selama ini ak msih jauh darimu ya ALLAH.....


      nmpaknya sekdar ini sja coretan kali ini mgkn banyak cacat celanya,,,,,,wsalam

 p/s wahai sahabat tegurlah sahabtmu ini andai diri jauh dari pencipta,,,,,,wallhu'alam

Monday 28 November 2011

UNTUKMU HAWA

ASALAMUALAIKUM W.B.T

Syukur kehadrat ilahi yg telah mengurniakan berjuta-juta malahan tidak terkira nikmat keatas hambanya



BISMILLAHIRAHMANIRAHIM...


INGATLAH WANITA BHAWA KAMU SEMUA ISTIMEWA


Ya اَللّهُ, mengapa wanita sering menangis?

Jwbnya: Kerana wanita itu unik.
Aku ciptakan ia sbg makhluk istimewa,
KU kuatkan bahunya utk menjaga anak2nya,
... ... ... ... KU lembutkan hatinya utk memberi rasa aman,
KU kuatkan rahimnya utk menyimpan benih manusia,
KU teguhkan peribadinya utk terus berjuang saat yg lain menyerah,
KU beri dia naluri utk mencintai anak2 dlm keadaan apapun,
KU kuatkan batinnya utk ttp menyayangi walau dikhianati oleh teman,walau disakiti oleh orang" yang ia sayangi
Wanita mahluk kuat, tapi jika satu saat dia menangis itu kerana KU beri dia air mata utk membasuh luka batin dan memberi kekuatan baru.
"WANITA..KAMU ISTIMEWA



 TETAPI  INGATLAH WAHAI SEKIAN WANITA ANDA HANYA ISTIMEWA APABILA DITUTUPI BAGAIKAN EMAS YG DIKUNCI RAPI BAGAIKAN EPAL DALAM BEG...YG TIDAK DICEMARI DARI ANASIR2 LUAR......-dipetik dr kte2 seorg pnsyarah_

  
tetepi ingatlah kami adam sngat menakuti fitnah darimu..........ya ALLAH ya robbi jauhilah dan perihare daku dr fitnah wanita......aminn

akhir kalam ingatlah sang hawa anda boleh mnjadi punce kejayaan bg sang adam dan kamu juge boleh mnjadi punce kebinasaan bg adam......

                                WALLAHU A'LAM............................................


Saturday 26 November 2011

AWAL MUHARRAM MENYINGGAH KEMBALI.........

ASALAMUALAIKUM....W.B.T..
SALAM MAAL HIJRAH BUAT SAHABAT2 SEKALIAN PADA KALI INI SAYA NAK KONGSIKAN SATU ARTIKEL YG MENARIK.....










DOA AWAL DAN AKHIR TAHUN ADAKAH IA BENAR ATAU BATHIL?????




Berikut adalah doa yang dimaksudkan:

Awal tahun
"Segala puji tertentu bagi Allah, Allah SWT yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan keluarga baginda serta sahabatnya. Ya Allah, sesungguhnya pada tahun ini aku melakukan larangan-Mu tetapi aku belum bertaubat sedangkan Engkau tidak reda dan melupai perkara itu. Engkau menangguhkan azab-Mu yang ditetapkan kepadaku. Engkau memerintahkan supaya aku bertaubat. Sesungguhnya pada hari ini aku memohon keampunan daripada Engkau, ampunilah aku. Dan apa yang aku lakukan pada tahun ini yang Engkau redai dan Engkau janjikan pahala, maka aku memohonnya daripada Engkau, ya Allah yan Karim yan Zal Jalali Wal Ikram. Terimalah permohonanku ini dan janganlah Engkau hampakan harapanku terhadap-Mu ya Karim. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan keluarga baginda juga sahabatnya. Segala puji tertentu bagi Allah, Allah SWT yang memelihara dan mentadbir sekalian alam".

Akhir tahun
"Segala puji tertentu bagi Allah, Allah SWT yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan keluarga baginda dan sahabatnya. Ya Allah, Engkaulah yang kekal abadi untuk selama-lamanya. Demi kelebihan-Mu yang maha Agung dan kemurahan-Mu yang melimpah, sesungguhnya pada tahun baru ini aku memohon daripada Engkau perlindungan daripada syaitan yang direjam, pengikutnya, tenteranya dan penolongnya dan aku emohon perlindungan daripada nafsu amarah yang sentiasa mendorong ke arah kejahatan dan melalaikan aku dengan perkara yang tidak berfaedah daripada mendekatkan diri kepada Engkau. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas keluarga baginda dan sahabatnya. Segala puji tertentu bagi Allah, Allah SWT yang memelihara dan mentadbir sekalian alam".

Manakala berikut ini adalah fadhilat serta kaedah pembacaan yang sering kelihatan:

Ibnu Abbas berkata: "Siapa yang membaca doa ini pada 1 Muharam, Allah mewakilkan dua malikat memeliharanya pada tahun itu".

Selepas doa(awal tahun) dibaca, berkatalah syaitan, "Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku mengoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa itu, Allah mengampunkannya setahun".

Selepas dibaca doa akhir tahun, syaitan berkata, "Telah amanahlah anak Adam ini daripada godaanku pada tahun ini kerana Allah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah syaitan".

Bacalah doa awal tahun berikut sebanyak tiga kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada hari terakhir bulan Zulhijah.

Bacalah doa akhir tahun sebanyak tiga kali selepas waktu Maghrib pada malam 1 Muharam.

Kami telah cuba untuk mencari serta menjejak kesemua fadhilat serta kaedah pembacaan di atas, namun sayangnya hasil pencarian kami tidak membuahkan sebarang hasil. Bukan hanya kitab-kitab hadis sittah, malahan kitab hadis dhaif dan palsu juga telah kami cuba mencarinya namun hasilnya serupa, hampa.

Bukan di situ sahaja usaha kami, bahkan fatwa-fatwa dan sumber dari ulama-ulama luar negara selain nusantara telah kami selongkar, tapi juga tidak membuahkan hasil. Maka kami telah membuat kata putus bahawa semua fadhilat serta kaedah pembacaan yang dinyatakan di atas adalah batil dan tidak sabit pada nas al-Quran dan hadis sahih.

Rasulullah saw telah bersabda dalam hadis sahih riwayat Imam Bukhari yang beerti:
Barangsiapa yang beramal dengan sesuatu amalan yang tidak ada hubungan dengan urusan kita, maka ia tertolak.

Maka di sini telah jelas bahawa barangsiapa yang mengamalkan amalan awal Muharam(Doa Awal dan Akhir Tahun), beriqtikadkan bahawa ia mempunyai kelebihan sepertimana yang digambarkan, apatah lagi mengatakan amalan ini adalah sunnah Rasulullah saw, maka amalannya tertolak. Dan Allah Rasulullah saw juga telah memberi amaran kepada mereka yang berdusta terhadap baginda saw dalam hadis sahih yang bermaksud:
Barangsiapa yang melakukan pendustaan ke atasku dengan sengaja, maka sediakanlah tempat duduknya di dalam neraka. Hadis Mutawtir

Ibnu Masud pernah berkata yang bermaksud:
Hendaklah anda sekalian mengikuti apa saja yang dibawa oleh Rasulullah saw dan jangan anda mengada-adakan sesuatu yang baru. Sesungguhnya sudah cukup bagi anda sekalian(sunnah yang dibawa oleh Rasulullah saw).

Ibnu Abbas juga pernah berkata:
Hendaklah anda sentiasa bertaqwa kepada Allah dan beristiqamah. Ikutilah(apa saja yang disunnahkan oleh Rasullah saw) dan janganlah anda mengada-adakan sesuatu yang baru.

Kesimpulan


Doa pada asal memang terdapat dalam Islam. Dalilnya cukup banyak. Baik di dalam Al-Quran maupun hadis-hadis sahih. Namun begitu, terdapat juga sesetengah pihak yang menaylahgunakan konsep berdoa itu yang sebenar. Mereka menciptakan waktu-waktu khas yang kononnya mustajab yang tidak sabit dari al-Quran dan hadis, mereka menciptakan fadhilat-fadhilat yang kononnya memberi ganjaran apabila dilakukannya dan bermacam-macam lagi. Kesan dari itu wujudlah sepertimana yang sedang kita bincangkan ini iaitu doa awal dan akhir tahun.

Kami berpendapat adalah tidak salah untuk dibacakan doa-doa tersebut. Kerana berdoa memanglah digalakkan. Tetapi doa tersebut tidaklah seharusnya dijadikan satu amalan yang dilakukan hanya kerana datangnya tahun baru. Apatah lagi dikaitkan doa tersebut kononnya sabit dari Rasulullah saw. Juga mengatakan dengan membacanya maka akan diperolehlah fadhilat-fadhilat tertentu. Kerana kesemua riwayat yang berkaitan doa awal dan akhir tahun ini adalah batil. Ingatlah pada sebuah hadis yang masyhur yang bermaksud:
Sesungguhnya benar-benar hadith(percakapan) itu ialah kitab Allah. Sebaik-baik petunjuk ialah petunjuk Muhammad saw. Manakala sejahat-jahat urusan itu ialah yang diada-adakan, kerana setiap yang diada-adakan itu adalah bidah manakala setiap bidah adalah sesat. Hadis riwayat Muslim

Dalam hadis riwayat An-Nasai pula terdapat tambahan:
.dan setiap kesesatan itu di dalam neraka.

Doa tersebut boleh saja dibaca pada lain-lain waktu. Bukan dikhaskan hanya ada awal dan akhir tahun sahaja.

Beginilah pendapat dan pegangan kami. Sekiranya terdapat sesiapa yang mungkin dapat mengutarakan dalil dari al-Quran dan hadis yang sahih berkaitan amalan ini haraplah berbuat demikian. Kerana sesungguhnya kami hanyalah hamba Allah yang lemah.

Sekian. Wassalam

Rujukan
Fatwa Islamiyah
-Sheikh Abdul Aziz bin Baz
-Sheikh Muhammad bin Salih Al-Uthaimin
-Sheikh Abdullah bin Abdur-Rahman Al-Jibreen
-The Permanent Committee and the decisions of Fiqh Council
Disusun oleh Muhammad bin Abdul Aziz al-Musnad

Khilafiah, Bidah dan Maslahah Umum
Oleh Ustaz Basri Ibrahim

Bidah Menurut Ahli Sunnah
Oleh Rasul Dahri

Dua The Weapon of the Believer
Oleh Abu Ammaar Yasir Qadhi


Islam Question and Answer website
  


www.al-ahkam.com.my

LAIN-LAIN
  

                                     WAALLAHUALAM...................................................................