Monday 28 November 2011

UNTUKMU HAWA

ASALAMUALAIKUM W.B.T

Syukur kehadrat ilahi yg telah mengurniakan berjuta-juta malahan tidak terkira nikmat keatas hambanya



BISMILLAHIRAHMANIRAHIM...


INGATLAH WANITA BHAWA KAMU SEMUA ISTIMEWA


Ya اَللّهُ, mengapa wanita sering menangis?

Jwbnya: Kerana wanita itu unik.
Aku ciptakan ia sbg makhluk istimewa,
KU kuatkan bahunya utk menjaga anak2nya,
... ... ... ... KU lembutkan hatinya utk memberi rasa aman,
KU kuatkan rahimnya utk menyimpan benih manusia,
KU teguhkan peribadinya utk terus berjuang saat yg lain menyerah,
KU beri dia naluri utk mencintai anak2 dlm keadaan apapun,
KU kuatkan batinnya utk ttp menyayangi walau dikhianati oleh teman,walau disakiti oleh orang" yang ia sayangi
Wanita mahluk kuat, tapi jika satu saat dia menangis itu kerana KU beri dia air mata utk membasuh luka batin dan memberi kekuatan baru.
"WANITA..KAMU ISTIMEWA



 TETAPI  INGATLAH WAHAI SEKIAN WANITA ANDA HANYA ISTIMEWA APABILA DITUTUPI BAGAIKAN EMAS YG DIKUNCI RAPI BAGAIKAN EPAL DALAM BEG...YG TIDAK DICEMARI DARI ANASIR2 LUAR......-dipetik dr kte2 seorg pnsyarah_

  
tetepi ingatlah kami adam sngat menakuti fitnah darimu..........ya ALLAH ya robbi jauhilah dan perihare daku dr fitnah wanita......aminn

akhir kalam ingatlah sang hawa anda boleh mnjadi punce kejayaan bg sang adam dan kamu juge boleh mnjadi punce kebinasaan bg adam......

                                WALLAHU A'LAM............................................


Saturday 26 November 2011

AWAL MUHARRAM MENYINGGAH KEMBALI.........

ASALAMUALAIKUM....W.B.T..
SALAM MAAL HIJRAH BUAT SAHABAT2 SEKALIAN PADA KALI INI SAYA NAK KONGSIKAN SATU ARTIKEL YG MENARIK.....










DOA AWAL DAN AKHIR TAHUN ADAKAH IA BENAR ATAU BATHIL?????




Berikut adalah doa yang dimaksudkan:

Awal tahun
"Segala puji tertentu bagi Allah, Allah SWT yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan keluarga baginda serta sahabatnya. Ya Allah, sesungguhnya pada tahun ini aku melakukan larangan-Mu tetapi aku belum bertaubat sedangkan Engkau tidak reda dan melupai perkara itu. Engkau menangguhkan azab-Mu yang ditetapkan kepadaku. Engkau memerintahkan supaya aku bertaubat. Sesungguhnya pada hari ini aku memohon keampunan daripada Engkau, ampunilah aku. Dan apa yang aku lakukan pada tahun ini yang Engkau redai dan Engkau janjikan pahala, maka aku memohonnya daripada Engkau, ya Allah yan Karim yan Zal Jalali Wal Ikram. Terimalah permohonanku ini dan janganlah Engkau hampakan harapanku terhadap-Mu ya Karim. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan keluarga baginda juga sahabatnya. Segala puji tertentu bagi Allah, Allah SWT yang memelihara dan mentadbir sekalian alam".

Akhir tahun
"Segala puji tertentu bagi Allah, Allah SWT yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan keluarga baginda dan sahabatnya. Ya Allah, Engkaulah yang kekal abadi untuk selama-lamanya. Demi kelebihan-Mu yang maha Agung dan kemurahan-Mu yang melimpah, sesungguhnya pada tahun baru ini aku memohon daripada Engkau perlindungan daripada syaitan yang direjam, pengikutnya, tenteranya dan penolongnya dan aku emohon perlindungan daripada nafsu amarah yang sentiasa mendorong ke arah kejahatan dan melalaikan aku dengan perkara yang tidak berfaedah daripada mendekatkan diri kepada Engkau. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas keluarga baginda dan sahabatnya. Segala puji tertentu bagi Allah, Allah SWT yang memelihara dan mentadbir sekalian alam".

Manakala berikut ini adalah fadhilat serta kaedah pembacaan yang sering kelihatan:

Ibnu Abbas berkata: "Siapa yang membaca doa ini pada 1 Muharam, Allah mewakilkan dua malikat memeliharanya pada tahun itu".

Selepas doa(awal tahun) dibaca, berkatalah syaitan, "Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku mengoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa itu, Allah mengampunkannya setahun".

Selepas dibaca doa akhir tahun, syaitan berkata, "Telah amanahlah anak Adam ini daripada godaanku pada tahun ini kerana Allah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah syaitan".

Bacalah doa awal tahun berikut sebanyak tiga kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada hari terakhir bulan Zulhijah.

Bacalah doa akhir tahun sebanyak tiga kali selepas waktu Maghrib pada malam 1 Muharam.

Kami telah cuba untuk mencari serta menjejak kesemua fadhilat serta kaedah pembacaan di atas, namun sayangnya hasil pencarian kami tidak membuahkan sebarang hasil. Bukan hanya kitab-kitab hadis sittah, malahan kitab hadis dhaif dan palsu juga telah kami cuba mencarinya namun hasilnya serupa, hampa.

Bukan di situ sahaja usaha kami, bahkan fatwa-fatwa dan sumber dari ulama-ulama luar negara selain nusantara telah kami selongkar, tapi juga tidak membuahkan hasil. Maka kami telah membuat kata putus bahawa semua fadhilat serta kaedah pembacaan yang dinyatakan di atas adalah batil dan tidak sabit pada nas al-Quran dan hadis sahih.

Rasulullah saw telah bersabda dalam hadis sahih riwayat Imam Bukhari yang beerti:
Barangsiapa yang beramal dengan sesuatu amalan yang tidak ada hubungan dengan urusan kita, maka ia tertolak.

Maka di sini telah jelas bahawa barangsiapa yang mengamalkan amalan awal Muharam(Doa Awal dan Akhir Tahun), beriqtikadkan bahawa ia mempunyai kelebihan sepertimana yang digambarkan, apatah lagi mengatakan amalan ini adalah sunnah Rasulullah saw, maka amalannya tertolak. Dan Allah Rasulullah saw juga telah memberi amaran kepada mereka yang berdusta terhadap baginda saw dalam hadis sahih yang bermaksud:
Barangsiapa yang melakukan pendustaan ke atasku dengan sengaja, maka sediakanlah tempat duduknya di dalam neraka. Hadis Mutawtir

Ibnu Masud pernah berkata yang bermaksud:
Hendaklah anda sekalian mengikuti apa saja yang dibawa oleh Rasulullah saw dan jangan anda mengada-adakan sesuatu yang baru. Sesungguhnya sudah cukup bagi anda sekalian(sunnah yang dibawa oleh Rasulullah saw).

Ibnu Abbas juga pernah berkata:
Hendaklah anda sentiasa bertaqwa kepada Allah dan beristiqamah. Ikutilah(apa saja yang disunnahkan oleh Rasullah saw) dan janganlah anda mengada-adakan sesuatu yang baru.

Kesimpulan


Doa pada asal memang terdapat dalam Islam. Dalilnya cukup banyak. Baik di dalam Al-Quran maupun hadis-hadis sahih. Namun begitu, terdapat juga sesetengah pihak yang menaylahgunakan konsep berdoa itu yang sebenar. Mereka menciptakan waktu-waktu khas yang kononnya mustajab yang tidak sabit dari al-Quran dan hadis, mereka menciptakan fadhilat-fadhilat yang kononnya memberi ganjaran apabila dilakukannya dan bermacam-macam lagi. Kesan dari itu wujudlah sepertimana yang sedang kita bincangkan ini iaitu doa awal dan akhir tahun.

Kami berpendapat adalah tidak salah untuk dibacakan doa-doa tersebut. Kerana berdoa memanglah digalakkan. Tetapi doa tersebut tidaklah seharusnya dijadikan satu amalan yang dilakukan hanya kerana datangnya tahun baru. Apatah lagi dikaitkan doa tersebut kononnya sabit dari Rasulullah saw. Juga mengatakan dengan membacanya maka akan diperolehlah fadhilat-fadhilat tertentu. Kerana kesemua riwayat yang berkaitan doa awal dan akhir tahun ini adalah batil. Ingatlah pada sebuah hadis yang masyhur yang bermaksud:
Sesungguhnya benar-benar hadith(percakapan) itu ialah kitab Allah. Sebaik-baik petunjuk ialah petunjuk Muhammad saw. Manakala sejahat-jahat urusan itu ialah yang diada-adakan, kerana setiap yang diada-adakan itu adalah bidah manakala setiap bidah adalah sesat. Hadis riwayat Muslim

Dalam hadis riwayat An-Nasai pula terdapat tambahan:
.dan setiap kesesatan itu di dalam neraka.

Doa tersebut boleh saja dibaca pada lain-lain waktu. Bukan dikhaskan hanya ada awal dan akhir tahun sahaja.

Beginilah pendapat dan pegangan kami. Sekiranya terdapat sesiapa yang mungkin dapat mengutarakan dalil dari al-Quran dan hadis yang sahih berkaitan amalan ini haraplah berbuat demikian. Kerana sesungguhnya kami hanyalah hamba Allah yang lemah.

Sekian. Wassalam

Rujukan
Fatwa Islamiyah
-Sheikh Abdul Aziz bin Baz
-Sheikh Muhammad bin Salih Al-Uthaimin
-Sheikh Abdullah bin Abdur-Rahman Al-Jibreen
-The Permanent Committee and the decisions of Fiqh Council
Disusun oleh Muhammad bin Abdul Aziz al-Musnad

Khilafiah, Bidah dan Maslahah Umum
Oleh Ustaz Basri Ibrahim

Bidah Menurut Ahli Sunnah
Oleh Rasul Dahri

Dua The Weapon of the Believer
Oleh Abu Ammaar Yasir Qadhi


Islam Question and Answer website
  


www.al-ahkam.com.my

LAIN-LAIN
  

                                     WAALLAHUALAM...................................................................

Friday 25 November 2011

Penyebab..Hati..Mati..???

Asalamualaikum..w.b.t





Pada tinta kali ini ingin sye menerangkkan serba sedikit penyebab hati mati semoge mnjadi ikhtibar dan pedoman kpd semua lebih2 lagi kpd diri ini sendiri....

"sesungguhnya bukanlah mata itu yg buta tetapi yg buta adalah hati didalam dada"(al-hajj:46)


Hati tidak mati secara tiba2.Sebaliknya melalui proses yg lama.apatah lagi apabila hati tidak diubati dgn serius..maka akan matilah pemilik hati dan akan hilang rasa beragama dan bertuhan..nauzubiliah....


      Hati mati apabila kesakitan yg ditanggung berlarutan lamanya....


   bagaikan manusia sakit tidak diubati maka akhirnya dgn izin tuhan manusia akhirnya akan mati.sama juga 
seperti hati jika tidak dirawat maka akhirnya akan mati nilai rasa bertuhan dan beragama didalam hati itu.....

   "sesungguhnya beruntunlaglah org yg menyucikan jiwanya,dan sesunggunya rugilah org yg mengotori jiwanya"(as-syams ayat 9 hngga 10)

  Hati mati jika tidak ikut perintah ALLAH...

       "dan sesungguhnya kami jadikan untuk isi neraka jahanam itu dari kalangan jin dan manusia.mereka mempunyai hati tetapi tidak digunakan untuk memerhatikan ayat2 tuhan,dan mereka mempunyai telinga tetapi tidak digunakan untuk mendengar ayat tuhan.mereka itu bagai binatang ternak malahan lbih sesat lagi.mereka itulah org2 yg lalai"(al-a'raf ayat179)
  
   hati perlukan makanan.......

   makanan hati..........

  •    zikrullah
  •    nasihat
  •   muhasabah
  •   mujahadah
  •   muraqabah
  •   ilmu
  •   hikmah
  •   iman 
  •   takwa 
                                      

                                     

           
                           wallahualam.......................................................................................

KENAPA HATI..????







"SESUNGGUHNYA DIDALAM DIRI MANUSIA ITU ADA SEKETUL DAGING,APABILA DAGING TU BAIK MAKA BAIKLAH SELURUH ANGGOTA,DAN APABILA DAGING ITU ROSAK,MAKA ROSAKLAH SELURUH ANGGOTA,KETAHUILAH ITULAH HATI-HADIS-"
10 TANDA HATI MATI.........-Syeikh ibrahim adham-




1.kamu mengaku kenal tuhan tetapi kamu tidak menunaikan hak-hakNYA

 2.kamu mengaku cinta nabi muhammad tetepi kamu mengabaikan sunnah beliau

3.kamu membaca alquran tetapi kamu tidak baramal dgn hukum2 didalamnya

4.kamu memakan nikmat2 tuhan tetapi kamu tidak menstukuri nikmatnya

5.kamu mengaku syaitan itu musuh tetapi kamu mengikutinya

6.kamu mengaku ada nikmat syurga tetapi kamu tidak beramal bagi mendapatkanya

7.kamu mengaku adanya siksa neraka tetapi kamu tidak berusaha bagi maenjauhinya

8.kamu mengaku kematian pasti datang bagi setiap jiwa tetapi kamu masih tidak bersedia untuknya

9.kamu menyibukkan diri membuka keaiban org laen tetapi kamu lupa akan keaiban diri kamu sendiri

10.kamu menghantar dan menguburkan saudaramu sesama islam tetapi kamu tidak mengambil iktibar darinya....



YA,ALLAH TUHAN SEKALIAN ALAM KAU JGELAH HATIKU SEPERTIMNE KAU MNJGE HATI2 ORG2 YG BERIMAN AGAR TERUS MEKAR MENCARI REDHAMU....WAALLAHULAM..........