Tha'labah : Kisah Pemuda yang Cintakan Syurga~
Pernahkah saudara mendengar tentang kisah Ta'labah? Salah
seorang daripada para sahabat Nabi S.A.W. Seorang pemuda yang punya misi dan
visi yang sangat agung.
Seorang remaja yang begitu hebat di zaman Rasulullah S.A.W.
Namanya Tha'labah bin Abdul Rahman, seorang remaja berusia 17 tahun. Setelah
memeluk Islam, beliau selalu mengikut Rasulullah S.A.W mengajar. Jika
Rasulullah berhajatkan sesuatu, Rasulullah S.A.W akan khabarkan kepada
Ta'labah.
Suatu hari Rasulullah menyuruh Tha'labah mencari sesuatu.
Ketika dalam perjalanan mencari barang yang Rasulullah hajati itu, Tha'labah
telah melalui sebuah rumah yang pintunya terbuka. Angin yang bertiup membuatkan
pintu tandas rumah tersebut juga terbuka, dan ketika itu Tha'labah terlihat
akan seorang perempuan yang sedang mandi.
"A'uzubillah! Ya Allah aku takut nanti malaikat Jibril
memberitahu kepada Rasulullah S.A.W! Ya Allah, aku takut turunnya ayat quran
yang menyenaraikan aku dalam golongan orang yang berbuat dosa! Ya
Allah..."
Rintihan Tha'labah~
Dia merintih sehingga dia lupa akan barang yang dipesan oleh
Rasulullah S.A.W. Dia melarikan diri dan terjumpa satu bukit di pinggir Madinah
yang dipuncaknya ada sebuah gua. Tha'labah masuk ke dalam gua tersebut dan
asyik menangis. Tha'labah menangis dan menangis, beliau kesal amat dengan
dosanya.
Pada masa yang sama, Rasulullah S.A.W menanti kepulangan
Tha'labah beberapa hari namun Tha'labah tidak kunjung tiba. Lalu Rasulullah
S.A.W mengarahkan Saidina Umar RA untuk mencari Tha'labah dan beliau terjumpa
Tha'labah di tempat dia bersembunyi di puncak bukit.
Umar berkata "Tha'labah, Rasulullah mahu berjumpa
kamu."
"Kenapa? Sudah turunkah ayat al-Quran tentang dosaku,
sudah beritahukah Jibril kepada Rasulullah, aku tidak mahu masuk neraka, aku
tidak mahu masuk neraka." Kata Tha'labah dalam ketakutan yang amat sangat.
Oleh sebab Tha'labah sudah tersangat lemah, Saidina Umar RA
memimpinnya pulang ke rumah. Apabila Rasulullah SAW menziarah Tha'labah,
Tha'labah sedang terlentang lalu Rasulullah SAW meriba kepala Tha'labah.
Tetapi Ta'labah mengetepikan kepalanya. Rasulullah bertanya,
"kenapa wahai Tha'labah?"
"Wahai Rasulullah, kepala yang penuh dosa ini tidak
layak untuk berada di ribamu," kata Tha'labah.
"Apa yang kamu mahu Tha'labah?"
"Ya Rasulullah, aku mahukan keampunan Allah"
Cita-citanya hanya Syurga~
"Apa cita-cita kamu wahai Ta'labah?"
"Cita-cita aku hanya syurga Allah. Tolonglah doakan
moga Allah mengampunkan dosa-dosaku."
Lalu Rasulullah s.a.w berkata, "wahai Tha'labah aku
menjamin kepadamu apa yang kamu mahu dan cita-citamu. Inilah bukti
taubatmu."
Tidak lama selepas itu, Tha'labah menghembuskan nafasnya
yang terakhir di riba Rasulullah SAW.
Ketika mayat Tha'labah siap dikafan dan tiba masa untuk
dikebumikan, Rasulullah SAW datang agak lewat ketika itu. Para sahabat membuka
jalan kepada Rasulullah untuk rapat ke kubur Tha'labah. Tetapi Rasulullah
berjalan merapati kubur Tha'labah dalam keadaan berjalan yang perlahan, dan seperti
tersekat-sekat.
Sahabat-sahabat bertanya, "wahai Rasulullah, kami telah
membuka jalan, mengapa Rasulullah berjalan dengan tidak selesa?"
Rasulullah menjawab, "kamu tidak dapat melihat betapa
ramainya malaikat yang hadir menghantar Tha'labah ke kubur."
Itulah kisah hidup seorang remaja hebat bernama Tha'labah.
Betapa takutnya beliau dengan azab Allah SWT walaupun beliau tidak sengaja
terpandang perempuan yang sedang mandi itu. Begitu malu bertemu Rasulullah,
begitu mengharap keampunan Allah SWT, dan akhirnya menhembus nafas yang
terakhir di ribaan insan mulia bernama Muhammad bin Abdullah, dan jasadnya
diiringi malaikat ke kuburan. Subhanallah!
Lihat diri kita. Apakah kita menyesal dan bertaubat setelah
berbuat dosa yang sengaja? Apakah kita sedar, dan menyesal serta bertaubat
setelah berbuat dosa yang tidak sengaja?
Tepuk dada, tanya iman. Moga Allah SWT mengampunkan
dosa-dosa kita