Friday 25 May 2012

~Tinta buat sahabat yg bakal menjejakkan kaki ke bumi tarbiyah umnp~






إن الحمد لله نحمده ونستعينه ونستغفره ونتوب إليه ، ونعوذ بالله من شرور أنفسنا ومن 
سيئات أعمالنا ، من يهده الله فلا مضل له ، ومن يضلل فلا هادي له ، أللهم إني أسألك بأن لك ألحمد ، لا إله أنـت وحدك لا شريك لك المنان ، بديع السموات والأرض ، ذوالجلال والأكرام.اللهم اني اسألك موجبات رحمتك، وزائم مغرفت، والسلامة من كل إثم ، والغنيمة من كل بر ، والفوز بالجنة ، وانجاة من النار.اما بعد



ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH HI WABARAKATUH



Sabda kekasih kita Rasulullah SAW:

"Sesiapa yang Akhirat itu tujuan utamanya, maka Allah jadikan kekayaannya dalam jiwanya. Allah mudahkan segala urusannya dan dunia akan datang kepadanya dengan hina (iaitu dalam keadaan dirinya mulia).

Sesiapa yang menjadikan Dunia itu tujuan utamanya, maka Allah akan letakkan kekafirannya antara kedua-dua matanya. Allah cerai-beraikan urusannya, dan dunia pula tidak datang kepadanya melainkan dengan apa yang ditakdirkan untuknya (iaitu dalam keadaan hina)."

[Riwayat al-Tirmizi,
dinilai hasan oleh al-Albani]


Alhamdulilah pertama dan selamanya syukur kehadrat Ilahi atas kudrat dan iradah-Nya dapat kita bersua dan insyallah menjalinkan ikatan ukhuwah islamiyah atas dasar islam dan iman  dibumi tarbiyah yang sangat dicintai ini,bumi yang mana lahirnya para ulama' penyambung rantai-rantai perjuangan dalam menegakkan islam di atas muka bumi ini. Ahlan wasahlan wa marhaban bikum dan sekalung tahniah buat sahabat sekalian atas kejayaan dalam menempatkan diri di Akademi Pengajian Islam Universiti malaya (APIUM), Nilam Puri, Kelantan. Semoga dengan  keberadaan sahabat sekalian sekalian dapat menjadi titik penghijrahan kearah melahirkan genarasi ghuraba' yang bakal menengakkan islam di zaman  kepincangan kini.

sahabat-sahabat yang dirahmati Allah sekalian,

Apabila sahabat semua telah bergelar seorang mahasiswa/mahasiswi maka perjalanan yang  akan sahabat tempuhi berbeda daripada jalan-jalan yang sahabat-sahabat tempuhi selama ini.Sahabat sudah berada di suatu tahap yang mana sahabat semua perlu menyediakan diri dengan thaqafah (ilmu) agar sahabat sekalian tidak tertinggal dengan arus tranformasi dunia pada masa kini.tidak cukup dengan ilmu akademik semata-mata perjuangan sahabat-sahabat sebagai mahasiswa islam perlulah mantap dari segi sahsiah seiring dengan  kematangan pemikiran kerana dengan kegersangan ummah  di sahara dunia kini menuntut satu genarasi baru untuk menjadi oasis solusi bagi ummah ini.


sahabat-sahabat yang dikasihi kerana Allah sekalian,

Alhamdulilah, syukur atas nikmat-Nya yang melimpah ruah di APIUM,Nilam Puri ini kita dikurniakan sebuah keluarga yang amat kaya dengan ilmu-ilmu yang amat berguna. Murabbi-murabbi iaitu pensyarah-pensyarah yang umpama ibu dan bapa kepada kita disini mempunyai banyak pengetahuan,kemahiran dan kepakaran dalam bidang masing-masing yang pelbagai. Oleh itu tuntutlah dan cedoklah sebanyak mana ilmu serta kuasailah seribu satu kemahiran dan teknik-teknik untuk kebaikan serta kegunaan diri sendiri khususnya dan masyarakat yang lain amnya.


Konteks di Nilam Puri amat menitikberatkan persekitaran atau suasana yang baik dalam proses pentarbiyahan sama ada dari segi adab,pergaulan antara muslimin dan muslimat dan sebagainya.ini kerana ia memberi natijah yang amat mendalam dalam usaha pembetukan diri mengikut acuan soleh yang berlandaskan syariat.insyallah dengan wujud dan berkekalannya suasana yang baik di bumi tarbiah ini sedikit sebanyak dapat membantu ke arah pembentukan para pengerak islam pada genarasi masa hadapan.


Sahabat-sahabat yang disayangi,


Akhir kalam dari ana selaku wakil saf pimpinan Majlis Perwakilan pelajar,Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya,Nilam Puri mengucapkan sekali lagi ahlan wsahlan wa marhaban bikum dan salam ukhuwah buat sahabat-sahabat penyambung genarasi ghuraba’ ke bumi bersejarah Che Siti Wan Kembang ini. Semoga langkah pertama sahabat-sahabat dan seterusnya sentiasa mendapat redha dan rahmat dari-Nya insyallah.sebelum pena menemui titiknya ,pesanan dari ana kutiplah sebanyak-banyaknya mutiara –mutiara yang ada di bumi barakah ini.insyallah semoga sahabat-sahabat menjadi antara penegak agama Allah yang syumul lagi suci dalam menongkah arus yang penuh gelombang pada hari ini. Barakaallahufikum